29 mangsa bah di Selangor masih berada di pusat pemindahan

6 Dec 2022 • 6:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 6 DIS: Selangor dan Perak masing-masing menutup satu pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan mangsa mula pulang ke rumah selepas banjir beransur pulih.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan jumlah mangsa di tiga negeri juga berkurangan kepada 91 orang di tiga PPS setakat 4 petang tadi.

Menurut agensi itu, seramai 29 mangsa daripada 11 keluarga berlindung di satu pusat pemindahan di Selangor, 58 di Perak dan Perlis kekal empat orang.

Pagi tadi, seramai 288 orang mangsa berada di lima PPS yang beroperasi di tiga negeri itu.