292 pekebun lada Sabah terima bantuan RM763,683

LocalBusiness & Finance
17 Aug 2024 • 11:28 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jozie John

Tenom: Seramai 292 pekebun kecil lada di Sabah menerima bantuan kerajaan bernilai RM763,683 di bawah pelaksanaan Program Pembangunan Huluan Industri Lada (PHIL).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata komponen projek PHIL merangkumi pemberian Skim Tanaman Lada Baharu (STLB), Skim Tanaman Lada Matang (STLM) dan pembangunan modal insan penggiat industri lada melalui penganjuran kursus, latihan in-situ, ceramah, dan sesi dialog.

Chan berkata penerima STLB di Sabah adalah 112 orang dengan keluasan dibantu seluas 15.9 hektar, membabitkan nilai bantuan berjumlah RM510,000.

“Seramai 180 pekebun yang mengusahakan 25 hektar tanaman lada di negeri ini telah menikmati manfaat STLM dengan anggaran keseluruhan bantuan bernilai RM253,683 sejak 2021.”

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Chan berkata demikian sempena Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada t di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tenom, di sini, Khamis lalu.

Program itu diadakan atas inisiatif Lembaga Lada Malaysia (MPB), sebuah agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Program itu merupakan platform interaksi bersemuka bersama penggiat industri lada untuk berkongsi maklumat mengenai tanaman lada di samping mempromosinya kepada golongan sasar berpotensi khususnya di Sabah.

Chan menegaskan Sabah berpotensi menjadi pengeluar lada kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.

Memandangkan Sabah memiliki kelebihan topografi iaitu jenis tanah dan bentuk muka bumi yang hampir sama seperti Sarawak, Chan menggalakkan penduduk di Sabah khususnya Tenom untuk mengusahakan komoditi lada sebagai sumber pendapatan alternatif.

“Saya menyeru masyarakat khususnya pengusaha aktiviti pertanian di Tenom mengambil ruang dan peluang untuk memanfaatkan bantuan yang disediakan bagi memulakan aktiviti penanaman lada di kawasan ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.