295 Perkampungan Orang Asli diwartakan sebagai kawasan rizab - Rubiah

2 Jul 2024 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Sebanyak 295 daripada 853 perkampungan Orang Asli telah diwartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata perwartaan kawasan yang berkeluasan keseluruhan 40,412 hektar itu dilaksanakan mengikut Seksyen 6 dan 7 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

“Kementerian juga sedang menyelesaikan isu melibatkan kawasan penempatan Orang Asli yang bertindih dengan kawasan rizab lain bagi membolehkan ia diwartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli.

‘’Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memberi fokus dalam menyelesaikan pengukuran dan pewartaan kepada kawasan penempatan Orang Asli terlebih dahulu bagi membolehkan pembangunan dinikmati di kawasan tersebut,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat, hari ini.

Rubiah berkata setakat ini, sejumlah 272 perkampungan Orang Asli dengan keluasan kawasan 809,677 hektar telah diukur dan dipohon untuk diwartakan, namun belum mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri terlibat.

“Justeru, JAKOA amat berharap kerajaan-kerajaan negeri dapat memberi perhatian sewajarnya kepada pemohonan tersebut,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.