Covid-19: Minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri

25 Mar 2020 • 2:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan di barisan hadapan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik koronavirus (Covid-19).

Menerusi catatan Facebook rasminya, beliau berkata, apa yang lebih penting ialah, para petugas ini merupakan kelompok barisan pertahanan terakhir negara, dan “harapan negara kini disandarkan ke bahu kita”.

“Sama ada kita berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kita untuk meneraju perjuangan ini, dan melakukan yang terbaik demi Raja dan negara,” katanya.

Kepada orang ramai, Dr Noor Hisham berkata setiap orang boleh membantu untuk memenangi perjuangan ini, dengan berada di rumah, dan membantu dalam memutuskan rantaian penularan Covid-19, mengamalkan jarakan sosial, dan kerap membasuh tangan.

“Kementerian Kesihatan akan meneruskan strategi kita dalam mengesan kes-kes aktif, ‘cari, buat ujian, asingkan, dan rawat’ semua yang dijangkiti, serta mengambil segala langkah-langkah kesihatan awam yang perlu di samping meningkatkan penjagaan kesihatan sedia ada.

“Mari kita lakukannya bersama, demi negara kita,” katanya.-Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved