Jumlah kes Covid-19 meningkat di Indonesia

5 May 2020 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 12,071 kes dengan tambahan 484 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, ketika ini terdapat 26,408 pesakit masih dalam pengawasan virus itu.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, berlaku lapan lagi kematian, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 872 orang," katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Achmad Yurianto berkata, jumlah mereka yang sembuh dari virus itu setakat ini seramai 2,197 orang. - Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved