Operasi mafia tipu jutaan euro dana EU tumpas

15 Jan 2020 • 9:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ROME - Polis Itali berjaya membongkar operasi mafia besar-besaran yang telah melakukan penipuan bernilai jutaan euro terhadap Kesatuan Eropah (EU) di Sicily.

Penipuan adalah melibatkan dana untuk petani.

Pendakwa raya di Messina dalam satu kenyataan memberitahu, sejumlah 94 individu ditahan ketika serbuan dibuat pagi tadi.

"Mereka yang ditahan termasuk dua keluarga mafia, notari, usahawan dan pentadbir awam yang ditugaskan untuk membantu petani mengakses dana," katanya.

Dalam kertas pertuduhan, Hakim Sergio Matroeni berkata, penipuan itu bergantung kepada sokongan tidak berprinsip kakitangan kolar putih yang tahu bagaimana untuk melibatkan mafia ke dalam pembiayaan awam dan cara mengeksploitasi kawalan yang tidak ketat.

Seramai 48 daripada individu ditahan dihantar ke penjara manakala yang selebihnya diletakkan di bawah tahanan rumah.

Menurut laporan Rai24, Mafia Tortorici yang dinamakan sempena bandar di kawasan pergunungan Nebrodi di timur laut pulau itu, telah menipu kira-kira AS$11 juta (RM45 juta) sejak 2013. - AFP


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved