Pada 2 Mac hadapan Oppo Reno3 Pro versi global akan dilancarkan secara rasmi. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai spesifikasi peranti yang mengutamakan kemampuan fotografi ini berbanding versi yang dilancarkan di China Disember lalu. Beberapa misteri mengenai kamera yang akan digunakan telah didedahkan sendiri oleh Oppo semalam.

Kamera utama nampaknya meningkat dari 48 MP manakala kamera hadapan pula meningkat dari 32MP. Seperti versi China, peranti ini dipercayai akan mengekalkan penggunaan cip Snapdragon 765G. Tahun ini peranti mercu Oppo Find X2 akan menjadi yang pertama keluaran mereka dengan cip Snapdragon 865.
Turut didedahkan ialah pilihan warna cerun Auroral Blue, Midnight Black dan Sky White. Oppo Reno3 Pro akan menyokong pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge 4.0.

