Firefox Better Web with Scroll Adalah Pemalam Yang Perlu Dilanggan Untuk Melayar Web Bebas Iklan

TechnologyDigital
25 Mar 2020 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Scroll adalah perkhidmatan langganan bulanan penghalang iklan untuk beberapa laman web terpilih. Kenapa perlu langgan sedangkan AdBlock adalah percuma? Ini kerana setiap pelanggan yang melanggan, laman-laman web tersebut turut akan menerima sebahagian daripada bayaran tadi. Jadi, Scroll adalah sejenis AdBlock yang turut membantu sesebuah laman web turut menjana pendapatan walaupun iklan sudah dihalang.

image is not available

Terkini, Firefox telah hadir dengan Firefox Better Web with Scroll. Ia adalah pemalam untuk pelayar web Firefox yang dikuasakan oleh Scroll. Berfungsi sama sahaja dengan Scroll, ia memfokuskan kepada melayari web kegemaran dengan bebas iklan dan turut memfokuskan privasi. Buat masa ini, ia masih lagi dalam bentuk beta, dan percuma untuk diuji dalam masa 48 jam. Harga langganan Firefox Better Web ini adalah $2.49 sebulan selama enam bulan dan dan akan meningkat kepada $4.99 untuk bulan ketujuh dan seterusnya.

Disebabkan Firefox menggunakan teknologi dari Scroll, jadi kesemua lebih 300 laman web tersenarai dalam Scroll turut akan disokong oleh pemalam web Firefox ini.