Pada pertengahan Mei yang lalu Asus Zenfone 6 telah dilancarkan dengan sistem kamera berputar yang menarik. Menerusi mekanisme berputar ini, kamera utama pada bahagian belakang boleh digunakan sebagai kamera swafoto. Ini meletakkannya sebagai peranti dengan markah swafoto tertinggi DXOMark. Terkini pihak Asus Malaysia mengesahkan Asus Zenfone 6 akan dilancarkan di pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Tiada tarikh pelancaran atau model yang akan dibawa masuk dikongsi pada waktu ini. Tetapi dengan penawaran harga yang kompetitif, ia mungkin akan menjadi peranti mercu yang baik untuk penggemar fotografi di Malaysia.
