2A, 2E & 2G kepada 7A 3B, Amin Idris syukur anak sulung cemerlang SPM 2025. 'Iman Qistina, I am so proud of you'

LocalFamily & Parenting
1 Apr 2026 • 9:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENGACARA terkenal Amin Idris berkongsi luahan gembira anak sulungnya, Nurul Iman Qistina yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menerusi perkongsian di media sosial, Amin meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian anaknya yang menunjukkan peningkatan luar biasa dalam akademik.

Menurutnya, Iman Qistina sebelum ini pernah memperoleh keputusan 2A, 2E dan 2G, namun berjaya bangkit dengan cemerlang apabila meraih 7A dan 3B dalam SPM.

image is not available

"Dengan ini, saya rakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan buat pentadbir dan pendidik Sekolah Agama Menengah Rawang (Samer) termasuk juga guru tusyen (Teacher Aziahtul Aziz dan lain-lain) yang tidak pernah berputus asa mendidik anak saya Nurul Iman Qistina. Daripada 2A, 2E & 2G kepada 7A 3B. 

"Paling utama, pecah tradisi tidak mewarisi daddy mummy yang lemah subjek Matematik hahaha. Sekolah Menengah Agama Rawang memang terbaik!," kongsinya.

Bercakap mengenai puterinya, Amin menyifatkan remaja itu fokus dan tidak mudah melatah dalam menerima teguran.

Istiqamah berdoa dan berusaha, ujarnya Qistina menyeimbangkan perjalanan penuh tekanan dengan akitiviti riadah.

image is not available

"Buat anak daddy Iman Qistina, I'm so proud of you. Tak pernah mengeluh walaupun diasak untuk belajar dari pagi sampai malam walaupun sampai ke hujung minggu, tak pernah melenting bila daddy sound dan marah.

"Paling utama tak pernah henti berdoa dan jaga amal ibadah. Still ada masa diperuntukkan untuk badminton, main game dan jalan-jalan sekali sekala," titipnya.

Artikel berkaitan

Dalam hantaran yang sama, pengacara TV Al-Hijrah itu tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan para guru.

"Terima kasih SAMER. Saya tak menyesal langsung hantar anak ke sekolah ini. Walaupun sekolah ini bukan MRSM, bukan SBP, bukan sekolah yang segalanya sempurna, tapi cukup bagus untuk mendidik anak seimbang antara ilmu agama, ilmu akademik dan tarbiah akhlak.

"This is just the beginning. Dunia kampus, here we go! Syabas batch 08, syabas putera puteri SAMER!," kongsinya.

Warga maya turut mengucapkan tahniah dan syabas buat Nurul Iman Qistina serta memuji kecekalan anak gadis Amin Idris itu yang berjaya memperbaiki pencapaian daripada keputusan peperiksaan percubaan sehingga meraih keputusan cemerlang dalam SPM.