Teknologi Pengecesan Huawei Akan Digunakan Pula Pada Kereta Elektrik

TechnologyDigital
19 Apr 2020 • 1:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti keluaran syarikat dari China secara majoritinya menyokong pengecasan pantas yang berkuasa lebih tinggi. Oppo menyokong sehingga 65W dan Huawei pula sehingga 40W. Apple dan Google sebagai perbandingan masih mengekalkan pengecasa 18W sahaja pada waktu ini. Kepakaran Huawei dalam menghasilkan pengecasan pantas kini akan digunapakai pada kenderaan elektrik pula dalam masa terdekat.

image is not available
Menerusi kerjasama dengan syarikat beberapa syarikat elektrik, teknologi Huawei HiCharger DC akan digunakan pada pengecas kenderaan di China. China ialah antara negara yang sedang giat membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik serta penjaanaan elektrik dari sumber yang lestari. Kesemua ini dilakukan kerana ia juga adalah antara negara dengan tahap pencemaran udara yang paling teruk di dunia.

Mungkin ada yang merasakan aneh Huawei menghasilkan sistem pengecasan untuk kenderaan elektrik. Tetapi ramai juga mungkin tidak menyedari Samsung turut mempunyai perniagaan menghasilkan sistem kenderaan pintar (menerusi pembelian Harman) dan kapal (menerusi Samsung Heavy Industries).

View Original Article