Lenovo kembali aktif dalam penghasilan telefon pintar dengan beberapa peranti mercu seperti Z6 Pro mula dipasarkan di Malaysia. Hari ini mereka melancarkan Lenovo K10 Plus pula sebuah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cip Snapdragon 632 dan sistem tri-kamera utama,

Bateri sebesar 4050 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android Pie ini. Namun begitu tiada maklumat mengenai sistem pengecasan yang disokong. Peranti boleh dinyakunci menggunakan sistem imbasan wajah atau cap jari yang terletak pada bahagian belakang. Di India Lenovo K10 Plus dijual pada harga INR10999 (~RM649).
