GoJek Menyertai Arena Penstriman Video Dengan Pengenalan GoPlay

TechnologyDigital
26 Sep 2019 • 10:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
GoJek merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu yang popular di Indonesia. Selain perkhidmatan seru-pandu, melalui aplikasi sama, GoJek turut menyediakan sejumlah perkhidmatan lain seperti perkhidmatan tempah makanan, dan lain-lain.


Terbaru, GoJek turut memperluaskan penawaran perkhidmatan mereka, dan telah melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri dinamakan GoPlay.

GoPlay merupakan perkhidmatan penstriman filem dan siri-TV daripada GoJek, dan ditawarkan di Indonesia sahaja buat masa ini. Perkhidmatan ini hanya ditawarkan di peranti mudah-alih sahaja, dan memberi kemudahan untuk pelanggan GoJek sedia ada membuat langganannya tersendiri.

Buat masa ini, GoJek telah mendapatkan hak untuk sejumlah rancangan di Indonesia, dan ditawarkan melalui platform berkenaan. Berkemungkinan, kita akan melihat GoJek terus menambah kandungan serantau ke platform mereka pada masa akan datang.

Layari : GoPlay

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved