Waris diminta tampil baiki kubur runtuh

7 Jan 2020 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Kira-kira 25 kubur di Tanah Perkuburan Kampung Pandan 2 di sini perlu dibaik pulih akibat runtuhan tanah dan kepuk susulan musim tengkujuh baru-baru ini.

Penjaganya, A Ridzuan Abdullah, 58, berkata, anggaran kos pembaikan ialah antara RM200 hingga RM400 bergantung kepada kerosakan.

Ridzuan juga memohon waris menghubungi pihak pengurusan yang menjaga kubur untuk mengetahui nombor dan nama kubur terlibat.

"Saya sudah membuat pengumuman di Facebook komuniti (Warga Kuantan 2) tetapi masih ramai yang tidak mengambil peduli perkara ini sedangkan kerosakan itu perlu dibaiki dengan kerjasama waris," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

image is not available
Perkara itu turut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook komuniti Warga Kuantan 2.

Menurutnya, sebahagian kubur sudah dibaiki manakala bagi kubur yang mengalami kerosakan teruk, baik pulih hanya akan dilakukan jika ada permintaan dan tanggungan waris.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved