Seminggu Lagi Sebelum Tamat Penawaran eTunai Rakyat – Jangan Lupa Tebus

TechnologyDigital
4 Mar 2020 • 3:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan telah menawarkan RM30 melalui program eTunai Rakyat kepada pengguna tempatan dalam usaha mengalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi nirtunai. Ia telah ditawarkan sejak awal tahun ini, dan program berkenaan bakal ditamatkan 14 Mac 2020 kelak.

Bagi anda yang masih belum menebus kredit sebanyak RM30 ini, anda digalakkan membuat penebusan secepat mungkin. Hal ini kerana, ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum disahkan dan kredit dimasukkan ke akaun anda. Seterusnya, anda perlulah membelanjakan dan menghabiskan RM30 berkenaan daripada dompet digital sebelum 14 Mac 2020 kelak.

Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh berkenaan akan ditarik kembali.

Sekiranya anda masih belum menebus kredit RM30 ini, anda boleh melakukannya hari ini melalui dompet digital Grab, Touch n Go eWallet atau Boost.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved