Rampasan terbesar pil perangsang di Myanmar

25 Nov 2019 • 4:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar kelmarin merampas 100,000 pil perangsang bernilai 100 juta kyats (AS$66,666) di perbandaran Mongshat di Shan, rampasan dadah terbesar di empat bandar raya setakat ini, lapor agensi berita Xinhua memetik polis Myanmar.

Rampasan dilakukan ketika polis menggeledah sebuah kereta di jalan Monghsat-Tachileik.

Turut dirampas pada hari sama termasuk 25,350 pil perangsang di Htigyaing-Kyaunggon di perbandaran Indaw, 1.05 kilogram heroin dan 52,650 pil perangsang dirampas dalam operasi di perbandaran Indaw.

Sementara itu, 2,087 pil perangsang dirampas dalam serbuan di dua rumah di Yakasawk dan di bandar Tachileik. -Bernama