Empat cedera pelantar bangunan runtuh di Wangsa Maju

25 Jun 2019 • 11:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Empat pekerja warga asing dilaporkan cedera selepas pelantar bangunan yang sedang dalam pembinaan di Wangsa Maju di sini, runtuh malam ini.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Kapten Shahrul Kamar Mohd Johari berkata empat warganegara Bangladesh berusia 23 hingga 31 tahun itu dikatakan sedang bekerja ketika pelantar setinggi 13 meter itu runtuh.

"Kami menerima maklumat berhubung kejadian di tapak pembinaan pangsapuri itu pada kira-kira 9 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama berhubung insiden di Jalan Wangsa Delima 8 itu.

Shahrul Kamar berkata mangsa dibawa keluar kira-kira satu jam kemudian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved