
Menurut sumber, kedua-dua peranti Xperia 1 dan Xperia 5 menerima kemaskini yang sama. Versi kemaskini yang diperlihatkan adalah 55.1.A.0.748. Kemaskini ini dilihat hadir bersama-sama dengan tampalan sekuriti November 2019 dan bukannya Disember. Bagi yang tidak tahu, sistem operasi yang Sony gunakan adalah yang tersendiri tetapi dengan antaramuka yang menghampiri Android asli. Duka cita dimaklumkan yang kemaskini ini dikatakan membuatkan panggilan telefon bermasalah dan tidak boleh menggunakan data mudah alih.
