3,000 sertai Hari Tanpa Kenderaan MBSA, 100 penduduk terima bakul makanan

10 Nov 2024 • 12:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 10 NOV: Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 3,000 individu.

Pengarah pembangunan komunitinya Shahrin Ahmad berkata semua peserta menyertai acara larian sejauh lima km mengelilingi pusat bandar.

image is not available
Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad bercakap kepada media selepas program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Ini merupakan acara bulanan antara majlis dengan masyarakat. Selain beriadah dan bersenam, program juga dapat menjaga kualiti alam sekitar.

“Program ini memberi manfaat besar dan akan diteruskan dengan pelbagai laga acara selingan yang menarik,” katanya ketika ditemui hari ini.

image is not available
Sebahagian peserta larian program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Berlangsung di Dataran Kemerdekaan, program berkenaan turut menyerahkan sumbangan bakul makanan dari MBSB Bank kepada 100 penduduk kurang mampu.

“Penerima mendapat barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, susu, tepung dan sardin bernilai RM100,” katanya.

image is not available
Peserta melakukan senaman ringan sebelum larian Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR