3,012 cubaan seludup libatkan cukai lebih RM300 juta digagalkan setakat Mei 2024 - KP Kastam

10 Jul 2024 • 12:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya membanteras sebanyak 3,012 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan dalam tempoh Januari hingga Mei lepas, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin.

Berucap pada Majlis Pelancaran Audit Verifikasi Pematuhan (AVIP) di sini hari ini, beliau berkata ia termasuk kes penyeludupan dadah, rokok, minuman keras dan lain-lain komoditi membabitkan nilai cukai RM303.9 juta.

“Sejak akhir-akhir ini, banyak isu terpalit dengan Kastam, namun ia tidak patahkan semangat dan jati diri Kastam dalam melaksana tanggungjawab sedia ada,” katanya.

Anis Rizana berkata JKDM selaku barisan pertahanan sempadan negara, telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan tidak berlakunya ketirisan hasil negara antaranya pengenalan transaksi dalam talian dan pengemaskinian maklumat berkaitan dasar percukaian bagi memudahkan entiti perniagaan dan orang awam mendapatkan maklumat terkini.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Kedua, memodenkan prosedur pelepasan kastam dengan menggunakan teknologi dan inovasi seperti mesin pengimbas yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan untuk menyelaraskan beberapa perkara,” katanya.

Mengenai AVIP, beliau berkata ia merupakan strategi audit baharu JKDM bagi tempoh 2024-2026 yang memberi tumpuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin entiti perniagaan khususnya yang telah berdaftar atau berlesen dengan JKDM berdasarkan penarafan risiko.

Strategi tersebut bertujuan meningkatkan tahap pematuhan entiti perniagaan dan mengesan ketidakpatuhan pada peringkat awal bagi mengurangkan risiko atau kesilapan iaitu jika tidak dibendung lebih awal akan memberi kesan ke atas liabiliti cukai yang lebih besar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.