3,072 gagak ditembak, MBSJ perkukuh usaha kawal populasi

LocalEnvironment
25 Aug 2025 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 3,072 ekor burung gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak MBSJ 2025

SUBANG JAYA – Sebanyak 3,072 ekor burung gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak MBSJ 2025 yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar bandar raya ini.

Operasi yang berlangsung dari jam 7 pagi hingga 7 malam pada Ahad itu melibatkan penyertaan 24 orang peserta, merangkumi 24 zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di seluruh kawasan pentadbiran MBSJ.

Setiap ekor gagak yang berjaya ditembak menerima ganjaran RM6, menjadikan jumlah keseluruhan bayaran tunai kepada peserta sebanyak RM16,710 sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka membantu mengawal populasi burung itu.

Menurut MBSJ, program berkenaan dilaksanakan bagi mengurangkan populasi gagak yang sering menimbulkan kacau ganggu serta menjejaskan kebersihan di kawasan perumahan dan komersial.

“Pelaksanaan operasi ini bukan sahaja mengawal jumlah burung gagak, malah diharap dapat meningkatkan tahap kebersihan bandar raya, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih selesa kepada penduduk,” kata MBSJ dalam satu kenyataan.

MBSJ turut meminta orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan, khususnya melalui amalan pembuangan serta pengurusan sisa pepejal yang betul bagi mengelakkan populasi burung gagak kembali meningkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved