3,537 kes baharu Covid-19, lapan kematian

24 Nov 2022 • 8:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 3,537 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 3,537 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,975,473 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan termasuk satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,628 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 27,213 kes, dengan 25,127 atau 92.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tujuh pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,978 pesakit ditempatkan di hospital dengan 101 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved