3,652 pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda daftar masuk di UPM

2 Oct 2023 • 9:51 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

3,652 pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda daftar masuk di UPM

zulfadli

02/10/2023 - 09:51

KUALA LUMPUR 2 Okt - Seramai 3,652 pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 30 September hingga 1 Oktober bagi sesi akademik 2023/2024 di UPM Kampus Serdang, Selangor dan UPM Kampus Bintulu, Sarawak seramai 170 pelajar.

Tujuh program bidang pertanian yang ditawarkan di bawah Fakulti Pertanian iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian, dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian.

Ijazah Sarjana Muda Pertanian Sains Haiwan dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Perniagaan Tani dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Sains Hortikultur dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian turut ditawarkan di Fakulti Pertanian.

Sementara itu, seramai 500 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar bagi program Ijazah Sarjana Muda dan jumlah ini menunjukkan meningkat seramai 274 orang berbanding tahun lalu iaitu 226 orang.

Antara fakulti yang mendapat pilihan pelajar antarabangsa mengikut jumlah tertinggi ialah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, diikuti oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pengajian Pendidikan serta Fakulti Ekologi Manusia.

UPM turut menawarkan tempat kepada 92 atlet sukan negara dan sebilangan atlet tersebut kini sedang mewakili negara pada Sukan Asia Hangzhou. Bakal pelajar-pelajar atlet ini juga pernah menyertai Sukan SEA dan kejohanan antarabangsa dalam pelbagai bidang sukan antanya acara terjun, hoki, ragbi dan olahraga.

Antara atlet yang ditawarkan ialah penerjun negara iaitu Enrique Maccartney Anak Harold bagi program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM yang kini sedang beraksi pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2023.

image is not available

UPM turut terlibat dalam laluan khas program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) 2.0 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

image is not available

Program ini ditawarkan kepada 391 pelajar dari keluarga B40 yang cemerlang dan merupakan anak pertama dalam keluarga mereka yang berjaya memasuki universiti di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pelajar-pelajar baharu UPM akan terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan melalui program Minggu Perkasa Putra (MPP) UPM Sesi 2023/2024 selama 5 hari dari 2 hingga 7 Oktober 2023.

image is not available

image is not available

Antara aktiviti menarik dalam program MPP itu ialah Majlis Bersama Pemimpin Negara yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Majlis Bersama Naib Canselor UPM dan Ikrar Pelajar Baharu pada 4 Oktober, bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM. - DagangNews.com