3,792 sertai Gagasan Rakyat di DUN Lamag

LocalPolitics
22 Mar 2023 • 12:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KINABATANGAN: Seramai 3,792 ahli daripada 75 buah cawangan mewakili pelbagai parti politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Kinabatangan mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diterajui oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag, Johainizamshah Johari, berkata, mereka menyertai Gagasan Rakyat adalah secara rela hati dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Keseluruhan ahli-ahli ini menyatakan keyakinan mereka terhadap kepimpinan yang ada sekarang kerana pencapaian yang telah dicapai di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pengisytiharan Menyertai Gagasan Rakyat secara beramai-ramai di Dewan Sri Lamag, Kota Kinabatangan, di sini.

Johainizamshah menyatakan keputusan ini dibuat dengan harapan agar kestabilan politik dapat dibentuk dan agenda mengembalikan hak rakyat Sabah terlaksana dengan jayanya.

Sehubungan itu, beliau percaya dengan kebijaksanaan Hajiji dalam memastikan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya sebagai keutamaan dan sudah pasti ia akan memberi banyak manfaat sekaligus menjadikan negeri ini terus maju setanding negeri-negeri lain.

“Kami yakin dengan kepimpinan Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah berdasarkan banyak pencapaian selama dua tahun beliau mentadbir Sabah ini,” katanya.

“Kita tidak mahu politik retorik tetapi kita mahu agenda dalam menuntut hak mengembalikan hak orang Sabah dapat terlaksana,” tambahnya.

Beliau berkata, antara sebab utama yang menarik keyakinan ahli-ahli berkenaan untuk meninggalkan parti masing-masing adalah kerana inginkan kemajuan dan kestabilan politik di kawasan tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.