3 anak & cucu pemimpin Hamas maut dibom Israel

12 Apr 2024 • 3:03 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tiga anak lelaki ketua Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh pada Rabu lalu dalam satu serangan Israel di Gaza. Perkara tersebut dimaklumkan oleh pemimpin Palestin dan tentera Israel.

Haniyeh, yang berpangkalan di Qatar, memberitahu rangkaian Al Jazeera bahawa tiga anak lelakinya dan beberapa cucunya terbunuh apabila kereta dinaiki mereka terkena serangan bom di Kem Pelarian Al-Shati.

Insiden itu ketika tiada tanda-tanda kemajuan dalam usaha pengantaraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar, yang berusaha menghentikan pertempuran.

“Hari ini tiga daripada anak lelaki saya, Hazem, Amir dan Mohammed, dan beberapa cucu saya syahid dalam serangan pada kereta (dinaiki) mereka,” katanya.

“Penjajah (Israel) percaya… ia akan mematahkan tekad rakyat kita dengan menyasarkan pemimpin pergerakan dan saudara-mara kami,” katanya.

Haniyeh berkata, serangan maut itu akan gagal memaksa Hamas dalam usaha rundingan ke arah gencatan senjata dan pembebasan tebusan.

“Sekiranya mereka (Israel) berfikir bahawa menyasarkan anak-anak saya… pada kemuncak perbincangan ini dan sebelum tindak balas usaha itu, jika mereka fikir ini akan memaksa Hamas menukar kedudukannya, ia adalah khayalan mereka.

“Darah anak-anak saya tidak lebih berharga daripada darah rakyat Palestin.

“Kami tidak akan berundur dengan tuntutan kami,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved