
MOSCOW: Sebuah dron Ukraine ditembak jatuh berhampiran lapangan terbang tentera Engels di wilayah Saratov Rusia yang turut mengorbankan tiga askar Rusia selepas terkena serpihan dron itu, lapor Sputnik.
“Pada 26 Dis, kira-kira 1.35 waktu Moscow (22:35 GMT pada 25 Dis), sebuah dron Ukraine ditembak jatuh pada altitud rendah ketika menghampiri lapangan terbang tentera Engels di wilayah Saratov. Serpihan dron itu telah menyebabkan petugas unit teknikal yang berada di lapangan terbang itu maut,“ menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.
Peralatan penerbangan tidak mengalami kerosakan akibat kejadian itu. -Bernama
