“3 Bulan Merantau, Kerja Buruh Binaan” – Suami Gantung Diri, Tertekan Isteri Desak Buat Majlis Kahwin Anak Besar-Besaran

16 Jul 2023 • 11:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara tidak tahan dengan desakan isteri, seorang suami berusia 51 tahun menamatkan riwayatnya sehari sebelum anak perempuannya bernikah.

Lelaki tersebut dijumpai dalam keadaan tergantung di rumah mereka oleh anak lelakinya berusia 4 tahun pada hari Selasa kira-kira jam 7 pagi.

image is not available

Difahamkan, mangsa tertekan selepas didesak oleh isteri untuk mengadakan majlis meriah besar-besaran untuk anak perempuan mereka.

Sedangkan dia hanyalah mahu membuat acara yang sederhana kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak baik sekian lama.

Dia juga baru sahaja pulang dan sebelum ini hidup merantau ke luar negeri selama 3 bulan dan hanya bekerja sebagai buruh binaan.

Tidak tahan memikirkan bebanan hutang keliling pinggang, mangsa menggunakan kain pelikat dan mengikatnya di leher menamatkan riwayat diri.

image is not available

Meskipun telah pergi, anak perempuannya dikatakan tetap meneruskan akad nikah di sebelah mayat si ayah sebelum proses pengebumian diteruskan.

Wang telah dilabur untuk majlis besar-besaran namun acara yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan menjadi suasana hiba.

Ukur baju di badan sendiri.

image is not available 6 days ago

"Janji Halalkan" - 'Selamat' Puluhan Ribu Ringgit, Pasangan Bahagia Hanya Habis RM3K Untuk Majlis Kahwin