3 Ditahan Bantu SIasatan Kes Khianat Guna Api

25 Jul 2023 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kesemua suspek berusia 20 hingga 25 tahun - gambar hiasan

SHAH ALAM  -- Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian sebuah kedai membaiki motosikal dibakar di Kapar, Klang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao berkata kesemua yang berusia 20 hingga 25 tahun ditahan kira-kira 2 petang di sekitar Jalan Bukit Kapar, Klang selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian pada 8.53 pagi.

“Motif kejadian sedang disiasat dan polis akan membuat permohonan reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Klang, esok bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai berhampiran.

Terdahulu tular video berdurasi 17 saat menerusi beberapa platform media sosial hari ini memaparkan seorang individu bertindak membakar sebuah premis. -- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved