3 ditahan simpan senapang, peluru dan bom

28 Jun 2023 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan kerana menyimpan pelbagai senjata api, peluru, bom asap, bom ikan, gari dan peralatan membuat senjata.

Ketua Polis Kuala Pilah, Amran Mohd Gani berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Pilah menyerbu sebuah rumah di Kampung Gemencheh Ulu pada 6.30 pagi Isnin lalu susulan maklumat dadah.

Katanya, seorang lelaki berusia 30-an ditahan dalam serbuan itu.

“Susulan serbuan pertama, lebih kurang 7.30 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Pilah membuat serbuan di dua lokasi berbeza di Johol dan membuat tangkapan dua lelaki lingkungan usia 40-an.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Pemeriksaan ke atas semua tangkapan itu menjumpai pelbagai senjata api turutan, peralatan membuat senapang angin serta peluru hidup yang disimpan dengan menyalahi undang-undang,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, dua laras senapang angin, satu laras senapang patah buatan sendiri, sepucuk pistol angin, 116 butir peluru hidup jenis penabur, dua butir peluru hidup saiz .0.38 special, sepasang gari, sebutir bom asap, sebutir bom ikan buatan sendiri dan pelbagai peralatan membuat senjata dirampas.

Katanya, semua rampasan dan tangkapan dibawa ke IPD Kuala Pilah untuk tindakan lanjut, dengan semua suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.