3 Individu Direman, Bantu Siasatan Kes Rasuah RM400,000

14 Sep 2022 • 12:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

IPOH - Dua lelaki dan seorang wanita direman seminggu bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM400,000 berhubung kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan.

Wanita berusia 30 tahun yang merupakan pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian serta dua pengarah syarikat berusia 41 dan 50 tahun tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira 10.30 pagi.

Perintah reman bermula hari ini hingga Selasa depan dikeluarkan Majistret Noor H afiza Ishak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, mereka ditahan kerana disyaki terlibat penerimaan wang rasuah daripada pemilik syarikat supaya mendapatkan kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan seluas kira-kira dua hektar di daerah Kinta.

Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan sekiranya ada individu lain turut terbabit dalam kes itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved