3 Jam Dibiarkan Lepas Air Ketumban Pecah, Isteri & Bayi Meninggal Dunia

Entertainment
6 Jun 2023 • 5:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penantian menunggu anak dilahirkan ke dunia bertukar tragedi apabila isteri kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Tika telah disahkan meninggal dunia di sebuah hospital.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Indonesia itu berlaku pada 9 Mei lalu dimana Tika telah membawa isterinya ke sebuah pusat perubatan pada jam 10.00 malam selepas mendapati ada tanda-tanda untuk melahirkan anak.

Pada jam 1.30 pagi, air ketuban isterinya mulai pecah namun, pihak hospital seakan tidak mengambil berat terhadap keadaan isterinya pada ketika itu sehingga jam 3 pagi.

image is not available

Mana tidaknya, pegawai perubatan dan jururawat dipercayai pergi tidur terlebih dahulu malah, Tika sentiasa bertanya keadaan isterinya namun diminta untuk tunggu.

Tepat jam 5 pagi, doktor dan jururawat mulai bergegas menuju ke bilik persalinan namun, segalanya sudah terlambat apabila isteri serta bayinya tidak dapat diselamatkan.

image is not available

Tika meluahkan rasa kecewa serta sebak apabila mengenangkan kesilapan yang dilakukan oleh pihak hospital terhadap keluarganya sehingga meragut nyawa.

Bagaimanapun, dia tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang dan berharap kejadian tersebut tidak berlaku lagi kepada orang lain.

image is not available

Sumber: Pop Mama