3 Kawasan Diramal Alami Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

LocalEnvironment
30 Oct 2024 • 9:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

3 Kawasan Diramal Alami Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 ( Berjaga-jaga) di tiga kawasan.

Dalam kenyataan tersebut, tiga kawasan berkenaan adalah Kemaman (Terengganu), Telupid (Sabah) dan Lundu (Sarawak).

“Terdapat satu kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kemaman, Terengganu.

“Terdapat satu kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Telupid.

“Terdapat satu kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Lundu,” maklumnya dalam kenyataan tersebut.

Tambah METMalaysia, suhu maksimum harian di kawasan yang diramal boleh mencapai 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.