3 kelebihan Proton e.MAS 7 berbanding Geely Galaxy E5

LocalCars
29 Oct 2024 • 9:09 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton telah mengumumkan yang harga anggaran EV pertama nasional, Proton e.MAS 7 akan berada di sekitar RM120,000. Dalam majlis pengumuman yang sama juga mereka telah mendedahkan bagaimanakah rupa kabin Proton e.MAS 7 kepada awam. Memang ada persamaan dengan Geely Galaxy E5, kembarnya di lahir daripada projek yang sama.

image is not available

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelainan yang menjadikan Proton e.MAS 7 dikatakan lebih baik berbanding Galaxy E5. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Proton e.MAS 7 bukanlah sekadar penjenamaan semula. Berikut adalah tiga kelebihan Proton .MAS 7 berbanding Geely Galaxy E5.

Pengecasan AC 11kW lebih pantas di Proton e.MAS 7

Proton e.MAS 7 dilengkapi komponen onboard charger (OBC) yang mampu tampung 11kW kuasa daripada sumber 3 fasa. Ia standard untuk kedua-dua varian Prime dan Premium.

image is not available

Sebagai perbandingan, walaupun pengeluar Galaxy E5 tidak menyatakan secara khusus paras kuasa AC yang boleh diterima EV tersebut. Namun, mengambil kira 7.5 jam masa yang diambil untuk isi 49.52kWh baterinya menandakan yang ia cuma ada OBC 6.6kW.

Jadi anda boleh jankakan yang pengecasan menggunakan home charger AC di rumah akan mengambil kurang masa oleh Proton e.MAS 7 jika dibandingkan dengan Geely Galaxy E5.

Boleh redah bajir yang dalam

Kami pernah laporkan dulu yang e.MAS 7 diuji secara menyeluruh. Ujiannya termasuklah bergenang dalam air yang dalam.

image is not available

Proton mengatakan yang EV ini boleh meredah air sedalam 40cm ataupun lebih daripada 1 kaki dalamnya. Itu adalah salah satu modifikasi yang dibawakan jurutera Malaysia untuk menyesuaikan EV ini dengan persekitaran tempatan.

Proton juga dalam proses mendapatkan pensijilan ASEAN NCAP untuk e.MAS 7.

Sistem pengampai ngam dengan jalanraya Malaysia

Saya selepas menguji secara ringkas pemanduan Galaxy E5 tempoh hari mengakui yang sistem pengampai model dari China ini sangat lembut. Pada kelajuan tinggi melalui jalan yang tak rata, pemanduan terasa membuai-buai ataupun terapung. Ia bukanlah satu perasaan yang meyakinkan bila memandu atas jalanraya Malaysia.

image is not available

Namun, ahli kumpulan kami yang menyertai e.MAS7Tour tempoh hari mengatakan terdapat penyesuaian yang dilakukan oleh jurutera Proton untuk memastikan yang e.MAS 7 selesa dipandu dalam persekitaran kita.

Bacaan berkaitan