3 maut, 3 cedera kereta terbabas dalam parit

23 Aug 2025 • 8:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting. Foto bomba Selangor

SHAH ALAM - Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya mendapat panggilan pada jam 3.56 pagi berhubung kemalangan membabitkan enam lelaki tempatan itu.

Susulan itu, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.

"Terdapat enam mangsa tersepit dalam kereta dan telah berjaya dibawa keluar bermula jam 4.20 hingga 5.15 pagi.

"Tiga mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami kecederaan antaranya di kepala, badan serta kaki. Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan susulan," katanya menerusi kenyataan hari ini. - Bernama