3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda

27 Apr 2024 • 9:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kemalangan maut membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai - Gua Musang pagi Sabtu.

KOTA BHARU - Tiga maut, manakala lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai - Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan melaporkan, terdapat mangsa yang tersepit dan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan Rescue Power Unit.

Menurut kenyataan itu, dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Kesemua mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang parah di hantar ke Hospital Kuala Krai bagi tindakan selanjutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved