3 maut nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya KL-Karak

LocalCars
30 Sep 2024 • 9:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 5:42 pagi dan operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 5:50 pagi.

image is not available
Keadaan dua daripada empat kereta yang terlibat dalam kemalangan Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong pada awal pagi Isnin.

image is not available
Keadaan salah satu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong pada awal pagi Isnin.

image is not available
Keadaan sebuah treler yang turut terlibat dalam kemalangan Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong pada awal pagi Isnin.

KUANTAN - Tiga lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, awal pagi Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan melibatkan empat kereta, dua treler dan satu lori itu dilaporkan jam 4.13 pagi.

Menurutnya, seramai 13 mangsa terlibat termasuk empat wanita.

"Tiga lelaki yang maut dikenali sebagai Mohd Ridzuan Zulkafly, 40, Muhamad Zaimi Sharif, 39, dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi, 23.

"Tiga lagi mangsa lelaki parah, dua wanita cedera dan lima yang lain selamat," katanya.

Zulfadli berkata, sebuah treler musnah terbakar dalam kejadian tersebut.

"Susulan maklumat diterima, lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi untuk operasi menyelamat.

"Pasukan bomba membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

Tambah beliau, mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.