
3 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini – MetMalaysia
Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di tiga negeri dan dua wilayah sehingga jam 10 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk akan berlaku di negeri Perak iaitu di daerah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Amaran turut melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
Selain itu, ia juga membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia
Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka berlaku di Kapit (Song) dan Limbang.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post 3 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini – MetMalaysia appeared first on Siakap Keli.


