
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di tiga negeri sehingga jam 2 petang ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu akan berlaku di Pahang iaitu di daerah Rompin.
Ia juga melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di negeri Johor.
Hujan turut dijangka di negeri Sarawak iaitu di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.




