3 Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

24 Jul 2025 • 3:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

SEREMBAN - Tiga penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dipercayai ketika berkonvoi dalam kejadian di KM262 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kesemua lelaki itu dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes masih dalam siasatan.

"Maklumat awal kita terima tiga maut di tempat kejadian dengan seorang kritikal dan sedang dirawat di hospital manakala 10 lagi cedera.

"Siasatan mash dijalankan dan laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved