KUALA PENYU: Tiga rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Kota Klias, awal pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu, Zulhalim Abidin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi sebelum segera mengerahkan pasukan ke lokasi kejadian, dengan bantuan tambahan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort.
Pasukan tiba di lokasi kira-kira 18 kilometer dari balai pada jam 8.42 pagi. Kebakaran dikawal pada 9.19 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.35 pagi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.