3 soalan dilarang tanya kepada Soo Wincci pada Tahun Baharu Cina

Entertainment
10 Feb 2024 • 2:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon jelita, Soo Wincci, 38, yang meraikan perayaan Tahun Baharu Cina melarang orang ramai bertanya beberapa soalan kepadanya tahun ini.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Wincci di Instagram miliknya, dia mengemukakan tiga soalan lazim yang dilarang untuk ditanya sempena perayaan itu.

"Soalan dilarang semasa CNY (Tahun Baharu Cina). Nombor satu, bila nak kahwin? Nombor dua, gaji berapa? Nombor tiga, ang pow berapa?

"Kongsi hantaran ini jika anda setuju. Mati kau jika tanya soalan-soalan ini," tulisnya.


Hantaran yang dibuat bekas ratu cantik Malaysia 2008 itu bagaimanapun menghiburkan hati netizen.

Ada yang berpendapat soalan-soalan sama turut dilarang untuk ditanya sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kali terakhir kelibat Wincci dilihat di kaca televisyen adalah menerusi program The Masked Singer Malaysia musim keempat yang mana dia merupakan salah seorang peserta yang memakai maskot kucing.

Namun malangnya, Wincci menjadi peserta pertama disingkirkan daripada pertandingan itu. - 10 Februari 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved