3 wanita curi, pecah tabung masjid dicekup

4 Jun 2023 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Polis menahan tiga wanita yang dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri duit tabung surau dan masjid sekitar Seremban dengan yang terbaharu berlaku pada 26 Mei lalu membabitkan surau Taman Dato Wan, dekat Paroi.

Ketua Polis Seremban, Arifai Tarawe, berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki mengenai tabung surau dipecahkan dan semua wang dilarikan.

“Pada jam 8.56 malam Rabu lalu, pihak kami menerima laporan polis daripada ahli jawatankuasa (AJK) surau di Taman Dato Wan yang menyatakan tabung dipecahkan. Laporan hanya dibuat selepas lima hari kejadian berlaku.

“Hasil siasatan mendapati suspek memotong mangga pada tabung dan mengambil semua wang di dalamnya,” katanya dalam kenyataan lapor Berita Harian.

SPONSORED CONTENT Damar Residence coming up soon PAPAR: Those who love nature and a healthy lifestyle should consider Damar Residence, in Lok Kawi. Read more Beliau berkata, beberapa siri tangkapan dibuat membabitkan tiga suspek wanita berusia 26 hingga 28 tahun dari 1 Jun hingga semalam.

Katanya, dengan tertangkapnya suspek dalam kes ini, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung masjid dan surau di sekitar Seremban.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan. Semua suspek direman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan,” katanya.

Arifai menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyalurkan maklumat kejadian jenayah supaya ia dapat ditangani dengan segera.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.