30,000 askar Korea Utara akan bertempur di Ukraine

WorldPolitics
27 Jul 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 30,000 askar Korea Utara akan bertempur di Ukraine

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Sabtu mendakwa bahawa Russia mahu membawa masuk 30,000 anggota tentera Korea Utara untuk mengambil bahagian dalam perang yang sedang berlaku di negaranya.

“Kami juga melihat kerjasama Russia dengan Korea Utara. Russia mahu mendapatkan tambahan 30,000 anggota tentera dari Korea Utara,” kata Zelensky dalam ucapan video pada waktu malam.

Beliau mendakwa Moscow sedang menyediakan keadaan untuk memperluaskan program mobilisasi dan merujuk kepada laporan risikan terperinci me­ngenai rancangan Russia untuk musim luruh.

Zelenksky mendakwa Moscow telah membuat persiapan di wilayah sempadan Voronezh untuk menerima tentera Korea Utara sejak bulan lalu.

Beliau  turut menyatakan  Pyongyang sedang bersiap untuk memindahkan pelancar peluru berpandu balistik baharu kepada Rusia.

“Ini bukan sahaja ancaman kepada Ukraine. Russia membantu Korea Utara mempelajari peperangan. Russia meningkatkan keupayaan senjata mereka, memberikan pengalaman dalam penggunaan senjata sebenar. 

“Semua ini merupakan ancaman kepada semua pihak di Asia yang berada dalam jarak capaian peluru berpandu Korea Utara: Kami akan menangani­nya,” ujarnya.

Russia dan Korea Utara telah memperkukuhkan hubungan politik serta ketenteraan sejak menandatangani perjanjian per­kongsian strategik menyeluruh pada Jun 2024, yang merangkumi peruntukan bantuan bersama.

Moscow mengesahkan pada April 2025 bahawa tentera Korea Utara mengambil bahagian dalam usaha Russia untuk menawan semula wilayah di bawah kawalan Ukraine di kawasan Kursk.

Kyiv melancarkan serangan masuk ke wilayah sempadan itu pada Ogos 2024.

Sehingga kini, pihak berkuasa Rusia dan Korea Utara masih belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan Ze­lensky tersebut. – AGENSI

 

The post 30,000 askar Korea Utara akan bertempur di Ukraine appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved