30,000 pelari akan sertai Maraton Beijing

2 Oct 2023 • 3:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BEIJING: Maraton Beijing dijadualkan bermula pada 29 Oktober, seperti yang diumumkan oleh jawatankuasa penganjur.

Kira-kira 30,000 peserta dijangka akan menyertai maraton itu, yang akan bermula dari Dataran Tiananmen di tengah-tengah Beijing dan akan berakhir di jalan yang indah di Taman Olimpik Beijing, lapor Xinhua.

Peserta mestilah berusia 20 tahun ke atas dan diminta menyediakan bukti keputusan perlumbaan sebelum ini: maraton yang diselesaikan dalam masa enam jam atau separuh maraton dalam masa tiga jam, dicapai antara 1 Januari 2019 dan 24 September 2023.

Dokumentasi penyertaan dalam maraton dalam talian tidak akan dianggap sah.

Pendaftaran untuk acara itu bermula pada Khamis lalu dan berakhir pada pukul 10 pagi pada Ahad lalu. -Bernama