30 ekor lembu dicuri, diracun, penternak rugi lebih RM100,000

30 Jan 2026 • 7:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 JAN: Seorang penternak di Kampung Sungai Kertam, Maran, Kuantan rugi lebih RM100,000 dalam tempoh lima tahun apabila 30 ekor lembu milik keluarga dicuri dan diracun.

Insiden terbaharu kelmarin menyaksikan dua bangkai lembu ditemukan dalam kawasan ladang kelapa sawit, dipercayai menjadi mangsa racun.

Penternak terbabit, Mohamad Asyri A Majid, 30, berkata kes kematian lembu dalam kelompok ternakan mereka berlaku hampir setiap tahun sejak 2022.

Katanya, ternakan secara bebas di kawasan ladang menjadikan haiwan itu terdedah kepada pelbagai risiko, terutama kecurian dan perbuatan khianat seperti diracun.

“Lembu kadang-kadang masuk ke kawasan orang dan mungkin merosakkan pokok kecil, sebab itu ada yang bertindak di luar batas.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap ini semua ujian. Rezeki saya dan keluarga mungkin bukan melalui ternakan ini,” katanya, lapor Harian Metro.

Mohamad Asyri juga mengakui jumlah ternakan yang besar menyukarkan pengawasan, terutama apabila haiwan dilepaskan berkeliaran dalam kumpulan.

Beliau kini mempunyai lebih 100 ekor lembu baka Kedah-Kelantan termasuk milik ahli keluarganya yang turut menternak dalam sistem kelompok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved