“30 hari mencari cinta” – Boss James cuba berpuasa penuh untuk tahun kelima

LocalEntertainment
3 Mar 2025 • 11:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Boss James

Usahawan dan pempengaruh, Boss James tidak sangka sudah masuk tahun kelima berpuasa di bulan ramadan bersama sahabat muslim yang lain.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Boss James di laman Instagramnya, walaupun akui bukan mudah untuk menjalani ibadah tersebut namun, dia tidak gentar menyahut cabaran daripada orang ramai untuk berpuasa penuh pada tahun ini.

Boss James

Instagram will load in the frontend.

“Biasanya saya bersahur seorang atau berdua, tapi tahun ini berbeza sebab tahun ini saya sahur bersama pasukan saya.

“Dulu saya fikir, puasa sehari memang susah. Nak tahan lapar, dahaga rasa macam lambat masa berlalu. Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun kelima berpuasa.

“Tahun ini banyak yang cabar saya, apa kata puasa penuh 30 hari, saya tak janji ya tapi saya akan cuba yang terbaik. Korang doakannya,” katanya.

Boss James

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, pempengaruh yang berbangsa Cina itu berharap umat Islam dapat menjalani ibadah berpuasa dengan baik dan segala amalan baik yang dilakukan diterima di sisi Allah.

“Selamat menjalani ibadah puasa semua, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati oleh-Nya,” ujarnya.

Semoga dikurniakan hidayah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Boss James dikurniakan hidayah dan terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Teruskan istiqamah, dipermudahkan urusan!

Dalam pada itu, ramai berharap urusan Boss James dipermudahkan dan terus diberikan kekuatan menjalani ibadah berpuasa sepanjang berpuasa pada bulan ramadan.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @Boss James