30 Kapal Bantuan GSF Terus Belayar Ke Gaza, 13 Dipintas Tentera IDF

WorldPolitics
2 Oct 2025 • 10:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia sumud

Dalam perkembangan terkini yang dikongsi di Instagram, 30 kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) masih bergerak menuju ke arah Gaza walaupun berdepan pelbagai ancaman.

Difahamkan, malam tadi sebanyak 13 kapal telah dipintas tentera IDF dan seramai 12 aktivis dari Malaysia telah ditahan.

30 kapal teruskan perjalanan, 46 batu nautika dari Gaza

image is not available
Screenshot

Menurut penganjur GSF, 30 kapal yang masih belayar kini berada kira-kira 46 batu nautika daripada Gaza dan semakin hampir untuk menembusi sekatan.

GSF juga menegaskan mereka tidak akan goyah dengan cubaan tentera menghalang bantuan kemanusiaan untuk rakyat yang ditindas.

Untuk pengetahuan, misi GSF ini membawa makanan, ubat-ubatan serta susu yang amat diperlukan untuk rakyat Palestin yang kini berdepan krisis kebuluran akibat sekatan panjang.

Misi ini melibatkan ratusan aktivis dari seluruh dunia dan komuniti ini sedang diperhati rapat seluruh dunia.

Pssttt! Keberanian flotila ini jelas menggambarkan semangat luar biasa untuk memecahkan kepungan kejam Israel. Walaupun berdepan risiko tinggi, mereka tetap teguh demi menyelamatkan nyawa rakyat Gaza yang terus menderita. Semoga dunia tidak hanya memerhati, tetapi turut bertindak menegakkan keadilan.

Kredit: IG GSF
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.