30 peratus kawasan pembangunan bandar dikekalkan hijau

LocalEnvironment
9 Aug 2024 • 3:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aiman Athirah menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Dewan dan Bilik Serbaguna Taman Bahagia, Taman Setar dan Taman Desa pada Jumaat

ALOR SETAR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Dasar Landskap Negara menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan kawasan perancangan pembangunan perbandaran tempatan dikekalkan hijau.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ia penting kerana kerajaan tahu penyediaan kawasan lapang ataupun kawasan hijau akan memberi manfaat kepada kesejahteraan hidup masyarakat.

Beliau berkata, usaha berkenaan juga akan meningkatkan kualiti persekitaran kehidupan mampan.

"Penyediaan kawasan lapang ataupun hijau itu turut berfungsi sebagai ruang yang selamat untuk aktiviti kemasyarakatan.

"Selain itu, ia berperanan dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan komuniti," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan dan Bilik Serbaguna Taman Bahagia, Taman Setar dan Taman Desa pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berharap penduduk di sekitar taman akan menikmati kemudahan dewan serbaguna dan landskap telah dibina dan bersama-sama menjaga kebersihan di sekitar kawasan lapang itu.

"Antara fokus kementerian adalah untuk mencapai 40 peratus sisa dilencongkan dari tapak pelupusan sampah menjelang tahun depan melalui 3R (reduce, reuse and recycle)," katanya.

Aiman Athirah berkata, semua penduduk digesa mengamalkan 3R agar kawasan perumahan kekal bersih dan dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar serta meningkatkan kualiti hidup.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved