30 Peserta E-Kasih sertai Kursus Asas Solekan dan Keusahawanan, bakal jana pendapatan RM600 sebulan

12 Jul 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PERSATUAN Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA) baru-baru ini menganjurkan Kursus Asas Solekan dan Keusahawanan.

Program di bawah Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) anjuran Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tahun 2023 itu menyaksikan 30 peserta yang tersenarai dalam program E-Kasih terpilih.

Ketua Penolong Setiausaha, Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT, Nurul Aini Ibrahim berkata, kursus berkenaan adalah bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar.

image is not available

“Dengan itu, ia mampu menolong mereka mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar daripada kemiskinan.

image is not available

“Ini merupakan kali kedua diadakan selepas tahun 2019. Justeru, PEKB kali ini juga dilihat dapat membantu mendidik kumpulan sasar dalam pengurusan kewangan, teknik perniagaan melalui pemasaran, mengurus aliran tunai dan kemahiran asas perakaunan,” ujarnya ketika berucap sempena majlis penutup program berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

image is not available
Mohd Yazid Awalludin menyerahkan sijil kepada salah seorang peserta sambil disaksikan Datin Rosnawati Salleh (kanan) dan Nurul Aini (kiri).

Hadir sama ialah Pengarah Perancangan, Pembangunan & Antarabangsa, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Mohd Yazid Awalludin dan Presiden MBMUAA, Datin Rosnawati Salleh.

SinarPlus merupakan media rasmi Kursus Asas Solekan dan Keusahawanan itu.

image is not available

image is not available

Sementara itu, Rosnawati ketika ditemui berkata, pemantauan bakal dilakukan terhadap peserta yang telah dilatih.

image is not available

“Kami akan melakukan pendekatan itu selama tiga bulan untuk mereka sekurang-kurangnya menjana pendapatan kira-kira RM600 setiap bulan,” katanya.

TERUJA & BERTERIMA KASIH

Dalam pada itu, SinarPlus berkesempatan menemuramah peserta bagi mendapatkan pandangan tentang program berkenaan.

image is not available
Yamuna

Antaranya ialah Yamuna Devi Gobu yang meluahkan rasa teruja dan gembira.

“Banyak pengalaman dan ilmu yang saya peroleh sepanjang tujuh hari mengikuti kursus ini. Saya memang berminat dalam bidang solekan.

“Saya berharap dengan ilmu yang dikongsikan dapat diguna pakai kelak apabila saya melakukannya (solekan) di rumah kelak. Malah, saya berharap akan datang jika ada lagi kursus sebegini saya takkan ketinggalan untuk menyertainya,” ujarnya yang berterima kasih kepada penganjur yang menyediakan barangan mekap yang lengkap untuk beliau gunakan kelak.

image is not available

Marina Azman pula barangkali peserta yang paling gembira apabila dipilih sebagai Peserta Harapan.

image is not available
Marina

Seperti Yamuna, Marina merasai perasaan yang sama dan turut berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memilihnya sebagai peserta.

“Terima kasih kepada penganjur atas keprihatinan dalam menganjurkan kursus asas solekan dan Keusahawanan. Banyak ilmu berguna yang kami dapat. Insya-ALLAH, kami akan gunakan (ilmu solekan) sepenuhnya untuk menjana pendapatan kelak.

 

image is not available

“Selain itu, banyak tip dan perkongsian daripada tenaga pengajar yang boleh dijadikan panduan untuk para peserta aplikasikan kelak,” ujar Marina lagi yang berharap program sebegini sentiasa diadakan lagi pada masa akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!