30 Rakyat Palestin Cedera Ketika Israel Melancarkan Serangan di Tebing Barat

9 Aug 2022 • 4:47 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

NABLUS: Sekurang-kurangnya 1 maut manakala 30 lagi rakyat Palestin cedera dalam pertempuran hebat pada Selasa.

Pertempuran berlaku ketika tentera Israel melaksanakan operasi menyerbu sebuah rumah di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki oleh orang dikehendaki Israel.

image is not available
Sumber: Thesundaily

Menurut sumber, pasukan tentera khas Israel telah mengepung rumah seseorang yang dikehendaki di Nablus. Ketika itu berlaku tembak menembak antara Pejuang Islam dengan Israel.

Israel mendakwa bahawa mereka berjaya membunuh Ibrahim al-Nabulsi dalam operasi tersebut. Media Palestin melaporkan bahawa al-Nabulsi dikejarkan ke hospital dengan kesan tembakan di lehernya.

Pertempuran turut dikatakan berlaku di kawasan lain dalam wilayah Nablus, yang mana rakyat Palestin melempar batu ke arah pihak tentera.

Bunyi tembakan yang kuat kedengaran daripada pertempuran berterusan tersebut. Berpuluh-puluh kenderaan tentera Israel masuk ke wilayah tersebut menyebabkan lalu lintas di salah satu bandar terbesar Tebing Barat itu sesak.

Difahamkan pihak Israel menjalankan operasi hampir setiap hari di Tebing Barat dalam beberapa bulan kebelangan ini dalam tumpuan mereka mencari pejuang Islam yang berjihad menentang mereka.

Genjatan senjata yang dicadangkan oleh Mesir mencapai persetujuan antara Pejuang Islam dan Israel. Serangan yang dibuat oleh Israel mengorbankan 46 rakyat Palestin termasuk 16 kanak-kanak, dan mencederakan lebih 360 orang.

image is not available
Sumber: Gaza Now

Pejuang Islam baru-baru ini mengatakan sekurang-kurang 12 orang anggotanya telah terbunuh, termasuk komander Taysir al-Jabari dan Khaled Mansour. – Haaretz


image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia